Kajian ini bertujuan mengkaji masalah pembelajaran Matematik dalam bahasa Inggeris di
kalangan pelajar tingkatan 2 sekolah luar bandar. Kajian yang dijalankan adalah berbentuk kajian
deskriptif. Instrumen yang digunakan semasa menjalankan kajian ini ialah soal selidik
berdasarkan kepada empat persoalan kajian iaitu faktor bahasa pengantar (bahasa Inggeris), faktor
pengajaran guru dalam bahasa Inggeris, faktor tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan
pelajar, dan faktor persekitaran. Nilai kebolehpercayaan instrumen adalah α = .93. Seramai 120
responden dipilih secara rawak yang merupakan pelajar tingkatan 2 di sebuah sekolah luar
bandar di daerah Pontian, Johor. Analisis data dilaksanakan menggunakan perisian Statistical
Packages For Social Science (SPSS) yang melibatkan kekerapan, peratusan, min dan sisihan
piawai. Dapatan kajian menunjukkan, faktor bahasa pengantar (bahasa Inggeris) dan tahap
penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar berada pada tahap yang rendah dengan purata
skor min masing-masing adalah 2.24 dan 2.29, manakala faktor pengajaran guru dan persekitaran
berada pada tahap yang tinggi iaitu dengan purata skor min 4.00 dan 3.90. Secara
keseluruhannya, ini menunjukkan masalah pembelajaran Matematik dalam bahasa Inggeris di
kalangan pelajar adalah disebabkan masalah bahasa pengantar (bahasa Inggeris) dan tahap
penguasaan bahasa Inggeris pelajar.
Mengenai Saya
- haslina :202154
- banggol kulim,rantau panjang, kelantan, Malaysia
- no matrik:202154 seorang guru,isteri,ibu,dan kini pelajar di dpli2
Selasa, 9 Mac 2010
Isnin, 8 Mac 2010
notis perubahan
Di sini dimaklumkan bahawa jadual kuliah dpli kohok 2 telah diubah , untuk mengetahui perubahan jadual SILA KLIK SEKALI DI SINI
fakta dalam al-quran
Untuk mengetahui fakta ajaib yang terdapat di dalam AL-QURAN sila klik di siniustazah ict
Langgan:
Catatan (Atom)
